Posts

Terngiang-ngiang gelaran 'si bodoh besar' oleh pemimpin DAP pada Maszlee

Image
Sehingga hari ini, saya masih tidak boleh menerima Dr Maszlee Malik dengan gampang dan mudah sekali digelar sebagai "si bodoh besar" oleh Teng Chang Khim, salah seorang ADUN DAP di  Oriental Daily , 17 Mei yang lalu. Adilkah hanya kerana tidak bersetuju dengan pandangan beliau, terus beliau digelar dengan sangat biadab sebegitu rupa? Di mana etika dan tindakan demokratik yang sangat selalu diperjuangkan oleh parti yang kononnya memperjuangkan demokrasi   ini? Jangan lupa tentang kajian yang dilakukan oleh The Centre for Governance and Political Studies yang dilaporkan oleh beberapa portal seperti  Malay Mail  pada 2 Mac lalu yang mendedahkan kebenaran wujudnya diskriminasi alam pekerjaan kepada “kaum yang tidak bertutur dalam bahasa Mandarin”. Saya ingin memetik apa kata penyelidiknya, Zaidel Baharuddin: "Untuk menguji jika terdapat kecenderungan etnik, Cent-GPS menjadikan semua pemohon menyenaraikan Mandarin sebagai syarat pertengahan. Dengan cara ini, kaji